Salam sejahtera kepada anda semua.....

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan " SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN " khususnya kepada pembaca tetap blog adsense gempak ini. Rindu rasanya saya tidak membuat berita-berita gempak yang ditunggu-tunggu oleh anda semua....yer ker??? Anda sahaja yang ada jawapannya..!!!

Tak perlulah saya meleret-leret lagi....kita terus kepada info yang saya ingin kongsikan bersama anda disini....iaitu apa itu "ROBOT.TXT" dan kepentingannya kepada anda khususnya newbie-newbie baru untuk menghasilkan $$$ adsense yang gempak setiap bulan....!!!


Melalui penelitian saya sebelum ini, saya dapati bahawa enjian carian akan gemar untuk membuat "crawl" ke atas blog/laman web kita sekiranya mempunyai "keywords" yang gempak namun bukan semua enjin carian bertindak sedemikin...Setiap daripada enjian carian ini mempunyai sistem penilaian yang berbeza-beza bagi menilaikan tahap samada tinggi mahupun rendah di dalam sistem enjin carian mereka.

Ini secara tidak langsung menjadikan sesetengah daripada kita akan membuat "optimasi" yang gempak ke atas blog/laman web mereka melalui enjin carian ini. Mungkin dengan cara rekabentuk blog/laman web yang berbeza dengan isi kandungan yang mantap, gempak dan dicari-cari oleh kita semua.

Walaubagimanapun, memandangkan setiap enjin carian akan membuat "index" keatas blog/laman web yang mereka jumpai, adalah satu rahsia gempak iaitu kebanyakan "webmasters" ini menggunakan elemen "ROBOT.TXT" ini sebagai salah satu senjata yang gempak untuk meraih tempat teratas di dalam enjin carian.

Dari pengamatan saya, "ROBOT.TXT" ini boleh ditafsirkan sebagai pertarungan antara webmaster untuk diBAN atau diHENTAM oleh enjin carian sekiranya mereka mendapati perbezaan yang mencurigakan atau menggempakkan. "ROBOT.TXT" ini adalah satu "text" yang mudah dikatakan sebagai "FILE EXTENSIONS SUGGESTS". Anda boleh membuat sepertimana dibawah ini :

User-Agent: (Spider Name)
Disallow: (File Name)

Antara kepentingan yang boleh didapati melalui penggunaan "ROBOT.TXT" ini adalah anda selaku webmaster boleh mengenalpasti informasi yang telah dibuat oleh "spider" enjin carian tersebut yang secara tidak langsung anda sendiri tahu enjin carian mana yang gemar akan blog/laman web anda tadi.

Sekian, terima kasih....

P/S: Informasi diatas boleh diuji untuk mengetahui kesahihannya samada ianya gempak ataupun sebaliknya kerana tiada jaminan yang tepat boleh diberikan oleh saya disini..



Sumbangan ikhlas kepada artikel ini amatlah saya alu-alukan
sekiranya ia dapat memberi manafaat kepada anda

Salam sejahtera kepada anda semua....

Terima kasih kerana tidak jemu-jemu untuk mendapatkan tips serta panduan gempak dari blog ini. Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit rahsia kejayaan seorang usahawan internet yang memasarkan blog atau laman web mereka melalui enjian carian YAHOO!

Seperti yang kita maklum, enjin carian YAHOO! merupakan salah sebuah direktori carian yang mempunyai hampir 52.7 million pelawat setiap bulan merangkumi hampir 60% daripada jumlah pengguna internet dari seluruh dunia. Dan hampir 50.1 % trafik yang datang adalah dari enjian carian YAHOO! ini. Dari kajian yang telah saya buat didapati, kebanyakan dari kita gemar untuk menggunakan enjian carian YAHOO! ini kerana setiap blog/laman web yang di "submit" adalah "human viewed" yang mana akan memberikan carian yang lebih "tepat" bagi setiap pelawat yang menggunakan YAHOO! ini.

Rahsia kejayaan usahawan internet yang menggunakan enjian carian YAHOO! ialah "alphabetical hierarchy" yang mana nombor akan lebih memberikan "rank" yang lebih tinggi berbanding huruf yang dilihat melalui domain yang terdapat di dalam enjin carian tersebut.

Ini adalah "alphabetical hierarchy" :
- 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Ini bermakna, domain seperti : http://www.101-adsense-gempak.com akan disenaraikan lebih tinggi berbanding domain http://www.adsense-gempak.com yang hanya menggunakan huruf sahaja.

Namun, apa yang telah saya kongsikan disini adalah melalui pengalaman saya sahaja. Keberkesanan teori ini boleh anda cuba sekiranya anda dapati ianya boleh dipraktikan untuk menjadikan blog/laman web anda lebih gempak di dalam senarai enjian carian YAHOO! ini. Selamat maju jaya!



Sumbangan ikhlas kepada artikel ini amatlah saya alu-alukan
sekiranya ia dapat memberi manafaat kepada anda

Salam sejahtera semua....

Untuk post kali ini saya ingin bersama-sama anda untuk berkongsi idea sama penggunaan Hyphens atau - ini baik atau sebaliknya. Cuma disini saya ingin berkongsi melalui pengalaman secara penggunaan - ini yang saya rasakan dapatkan memberikan sedikit impak yang gempak khususnya melalui blog ini.

Sepertimana yang kita maklum, kebanyakkan rangkaian trafik kita datangnya dari enjian carian melalui secara terus, links, Hyphens atau dashes diantara text bagi nama domain anda. Contohnya seperti adsensegempak.com ( tanpa Hyphens) dan adsense-gempak.com ( dengan Hyphens) yang sama-sama kita fikirkan adakah Hyphens ini dapat membantu kita dari segi carian oleh enjin carian ataupun sebaliknya....

Melalui pengamatan dan kajian yang telah saya buat melalui blog ini, didapati adalah baik jika kita menggunakkan Hyphens ini diantara keywords didalam nama domain ini kerana kita dapat memberitahu kepada enjian carian (spider) setiap dari perkataan itu diasingkan dan tidak secara terus. Ini kerana enjian carian tidak dapat mengenalpasti keywords kita tadi sekiranya tiada Hyphens digunakan. Keputusan yang telah saya perolehi mendapati adalah lebih "mendalam" keputusan carian boleh dihasilkan apabila adanya Hyphens ini tadi.

Namun, kita juga telah menyedari bahawa dengan adanya Hyphens ini tadi akan menyukarkan pengunjung untuk mengingati dan mencari dan mungkin mengurangkan nilai komersial ke atas domain tersebut. Oleh itu jika boleh adalah digalakkan supaya anda dapat mendaftarkan dalam kedua-dua bentuk iaitu adsensegempak.com dan juga adsense-gempak.com

Bagaimana dengan pandangan anda mengenai isu ini? Komen serta pandangan anda keatas isu ini amatlah dialu-alukan bagi bersama-sama kita memperoleh kejayaan di dalam mempromosikan produk di dalam blog/laman web ke serata dunia.



Sumbangan ikhlas kepada artikel ini amatlah saya alu-alukan
sekiranya ia dapat memberi manafaat kepada anda